time zaman muda mudi dulu, zaman uni, selalu nak sangat masa cepat berlalu. baru x sampai sehari mendaftar dan bergelar siswa, me dah mula menghitung hari dan waktu. terasa 3 tahun tu sangat lama tempohnya. tapi hakikat sebenar masa berlalu begitu pantas dan tuntas
besta.
setiap kali balik dari rumah, pasti berjurai air mata dan setiap kali itu jugak saya harus menyesuaikan diri semula dengan situasi kampus. homesick! ye me selalu alaminya. dari zaman sekolah menengah berasrama penuh sampai sekarang homesick dengan me tidak dapat dipisahkan. kami bagaikan aur dengan tebing sungai wang. sangat serasi bersama macam lagu pasangan romantik dulu kala. walhal jarak antara rumah dengan sekolah dulu sangatlah dekat. tapi sebab asrama penuh so me kena stay hostel, x boleh balik tapi me selalu mengelat ;p sampai sekarang me dah besar panjang
tapi x tinggi me still homesick.
rupanya, 3 tahun tu kejap je.. pejam celik mata, makan, minum, main, jenjalan, shopping, blogging dah nak tinggalkan zaman belajar. sekarang ni pun dah lebih kurang 3 bulan me merdeka tapi belum merdeka sepenuhnya la. baru pre-merdeka sebab bolom konvo lg maaaa. ;(
dulu nak sangat masa cepat berlalu. kononnya nak cepat habis belajar. nak kerja. nak tinggalkan alam bergelumang dengan buku calculus yang agak susah nak lulus, linear algebra yang always buat me gabra, business forecasting yang boleh buat me terpelanting, statistik rasa macam nak melastik, computer simulation yang selalu buat me tension, quality control make my anger out of control dan pelbagai jenis bentuk dan rupa buku dan subjeknya. hadoyaiii... time nak exam lagi la rasa nak cepat habisss. rasa macam terseksa jiwa dan raga..
tu belum bukak cerita pasal kengkawan yang macam-macam ragam lagi. bila time semua tension mula la kecoh itu ini. me x ramai kawan since sekolah lagi me memang macam tu. berat mulut. tapi kalau dah berkawan baru tau mulut me ni becok kok kok kok kokkkkk.. kawan me memang boleh dihitung dengan jari tangan dan x cukup tu boleh juga gunakan jari kaki. x ada masalah. me berkawan dengan orang yang betul-betul boleh buat kawan. me boleh terima dia sebagai kawan dan dia jugak boleh terima me as a friend. me ramah tapi berat mulut. ada x orang macam tu? ntah la..me la orang tu ;) sampaikan ada coursemate yang x kenal me and ingat me ni junior padahal we all 1 batch! huh, sungguh low profile kan me ni? ngehehe~
no more bangun pepagi berebut belumba siapa dapat naik bas dulu. sape lambat kena berdiri sebab bas dah penuh. penat berdiri belum habis dah kena berlari pulak sebab nak cepat. dah tu kena mendaki pula sampai ke tingkat 4. wow! tingginya me mendaki tapi malangnya x jugak kurus kedengking. makin gemok macam kingkong lagi adala. pastu time dalam kelas perut menyanyi lalalaaa mendendangkan lagu keroncong juga lagu etnik kreatif. cacing-cacing pita yang dah lama jadi haiwan peliharaan me siap buat life band dan me menahan sakit dan pedih perut akibat tindakan agresif mereka. nengok slide sambil menjeling jam tangan di kaki kanan eh di tangan kanan me yg sudah sopak
angkaramu keropok lekor. bila nak makan bila nak habis class bila nak balik bilik bila nak dapat tido puas puas bila nak cuti bila nak balik umah adalah persoalan yang sering berlegar di minda.
me dah x payah lagi nak turun cafe line up nak tengok lauk apa yang besh sebab sekarang apa yang me nak makan semua ada depan mata. kalau my mak rajin, arini me sampaikan hajat, esok dah boleh dicapai. kalau x, tunggu weekend baru dapat sebab me kena turun padang berperang di dapur. i loike!
dah x payah nak rebut bas unic uum tu. turun awal pun still boleh lambat sebab nakk tunggu penuhhhh sampai melimpah ruah kat tangga bas. sungguh kurang sopan punya company bas. cakap "dilarang berdiri di tangga" tapi mungkin dorang x reti nak baca kot makanya dorang pun sumbat seramai-ramainya. dah x payah nak tunggu bas berejam xpayah nak sewa keta nak outing macam dulu. sekarang zassssss dah sampai kat mana nak dituju..
tapi sekarang semua dah berakhir. me dah tinggalkan semua tu. apa yg me duk kira hari hari dulu dah berakhir. semua dah jadi kenyataan.. me dah tinggalkan alam persekolahan dan juga kengkawan. me dah tinggalkan dunia kampus..
me suka my life sekarang cuma kekadang terbit rasa rindu. rindu dengan campus life me yang haru biru kelabu. rindu dengan kehidupan me yang caca marba sebab every weekend sumbat baju kotor me dalam washing machine oleh kerana tangan me yang x gagah nak menyasah
membasuh baju bak kata cima. sebab jari jemari me akan berubah wajah bila kerap menjukkan kerajinan membasuh baju menggunakan tangan sendiri. orang sekeliling akan terkejut beruk jika nampak saya mencuci baju tanpa bantuan mesin. saya adalah pengguna washing machine yang tegar! *clap your hand*
rindu jugak nak pegi jogging walaupun sekadar jalan berlenggang kangkung masak belacan dan makan angin sehingga perut menjadi buncit dan kembung. rindu nak pergi berkayak walaupun sedar diri x layak. oh jangan percaya kerana saya tipu. me sudah menggenggam segulung sijil yang menyatakan kehandalan me berkayak dan ianya tidak dapat dinafikan lagi hakhakhakk! me juga rindu nak pegi jalan makan angin sambil melawat rusa dan bagi meraka makan roti me yg dah expired sebab me x sempat nak habiskan. kekadang x luak pun sebab selalu kalau me beli roti, bebudak tu pun sebok membeli jugak. xpe la buat amal pada rusa. tapi bila sampai kat sana, me x berani pun nak bagi dorang makan. eiiii geli la! me nengok je la bebudak tu bagi rusa mamam..
rindu... rindu kehidupan as student. rindu nak ke kelas, rindu nak dapat assignment dan kemudian mengeluh sebab banyak lagi assignment yang perlu di settlekan walaupun hakikat sebenar itu adalah tugas yang tertangguh akibat kecuaian diri sendiri. sendiri punya salah. rindu nak lepak and stay up buat assignment ngan kengkawan sampai subuh padahal banyak bergebang dari berbincang. rindu nak buat study group everytime ada quiz, test and exam walaupun lebih banyak duduk menganyam ketupat sambil mengumpat. rindu nak duduk reramai wat project padahal duk kalut nak habiskan nengok movie. semua jenis movie kami layan hihi.
rindu memang rindu tapi itu dah jadi sebahagian dari kenangan dalam hidup me. manis dan pahit semuanya me dah telan glup glup gluppp errkkk kenyang. dan itulah realiti kehidupan. dan sekarang me kena hadapi kehidupan sekarang yang jauhhhhhhhh berbeza dengan kehidupan di zaman dulu kala. rindu semua!!
me juga rindu zaman berdating dan bercintan cintun dengan mr.hshm!! ;p